Friday, 1 November 2013
81,000 penjawat awam terima surat opsyen bulan ini
PUTRAJAYA - Lebih 600,000 penjawat awam yang terlibat dalam 81 skim perkhidmatan awam yang ditambah baik di bawah Bajet 2014 akan menerima surat tawaran opsyen itu bulan ini.
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal berkata, mereka perlu memberi maklum balas dalam tempoh sebulan daripada tarikh surat itu dikeluarkan oleh ketua jabatan masing-masing.
Menurutnya perjumpaan dengan bahagian sumber manusia di semua agensi dan kementerian terlibat untuk memberi maklumat terperinci berhubung penambahbaikan itu akan diadakan secepat mungkin.
Bercakap pada sidang akhbar selepas mengadakan pertemuan dengan Cuepacs mengenai skim itu di sini hari ini, Mohamad Zabidi berkata mereka yang tidak bersetuju dengan opsyen itu akan kekal dalam skim atau jawatan asal.
"Antara penambahbaikan itu ialah kenaikan taraf skim perkhidmatan gred 1 hingga 10 kepada gred 11, pemberian dua tambahan kenaikan mata gaji dan pertukaran nama beberapa skim seperti diminta Cuepacs dan kesatuan berkaitan," katanya.
Mohamad Zabidi berkata, penambahbaikan itu adalah sejajar dengan kerja keras penjawat awam pada masa kini yang bekerja dengan cepat, tepat dan produktif.
Berikutan penambahbaikan terhadap 81 skim perkhidmatan itu, beliau berkata jumlah skim perkhidmatan sedia ada dapat dikurangkan daripada 274 kepada 249 skim bermula 1 Jan 2014.
Sebelum ini, Presiden Cuepacs Datuk Omar Osman berkata, kesatuan sekerja yang terlibat dalam penguatkuasaan seperti Jabatan Pengangkutan Jalan, Jabatan Kastam, Jabatan Imigresen, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan serta pihak berkuasa tempatan mengemukakan memorandum penambahbaikan skim perkhidmatan masing-masing kepada kerajaan.
Sementara itu Omar berkata, skim-skim lain yang tidak termasuk dalam 81 skim yang ditambahbaik itu masih mempunyai harapan untuk mendapat peluang yang sama.
"Untuk skim yang lain, kami sedang berunding," katanya. - Bernama
Share this
Recommended
Disqus Comments
Advertisement
Food
Trending
Label
Archive
Powered by Blogger.
Iklan Responsive Bawah
Formulir Kontak
Tags
Latest Posts
Popular Tags
About Sure Mag
Pages
Search Blog
Join with us
Most Popular
-
Jawatan kosong kerajaan terkini di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak mempelawa pemohon warganegara Malaysia yang bermastautin di ...
-
Terdapat jawatan kosong di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam pada Oktokber 2015. Oleh itu sesiapa yang berkelayakan dan memenuhi syarat-syara...
-
Jawatan kosong terkini di Amanah Raya Berhad. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekos...
-
Jawatan kosong terkini di Tenaga Nasional Berhad (TNB) Ogos 2014. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan...
-
Jawatan kosong di Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan Malaysia (NKF). Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelaya...
-
Tentera Darat Malaysia mempelawa Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk menghadiri temuduga terbuka seperti berikut: 1. Perajurit Muda...
-
Jawatan kosong terkini di Universiti Malaysia Sabah (UMS) Ogos 2015. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang ...
-
Jawatan kosong kerajaan terkini di Universiti Putra Malaysia (UPM) Januari 2014. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia ya...
-
Jawatan kosong terkini di Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan unt...
-
Jawatan Kosong Kerajaan di Majlis Perbandaran Bentong atau dikenali sebagai MPB adalah seperti berikut : 1. Arkitek Landskap J41 2. Penolon...