Saturday 1 August 2015
7000 JAWATAN KOSONG KARNIVAL KERJAYA
7000 Jawatan Kosong Karnival di Kerjaya Hari Terbuka GLC 2015 diadakan untuk meraikan ‘peningkatan kecemerlangan’ Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) daripada Program 10 tahun Transformasi GLC (GLCT).
Bersempena dengan itu, pastikan anda bersama kami dari 7 hingga 9 Ogos ini. Anda akan
saksikan sendiri rentetan detik-detik yang membanggakan kita sejak 10 tahun yang lalu
menerusi pelbagai pameran, forum, ceramah dan aktiviti-aktiviti menarik yang
bertemakan: Meningkatkan Kecemerlangan: “Membina Negara, Memupuk Insan”.
Jangan ketinggalan. Inilah peluang anda untuk mengikuti kemajuan dan kecemerlangan
GLC serta GLIC dalam membawa negara kita mencapai Wawasan 2020!
APAKAH ITU HARI TERBUKA GLC?
Hari Terbuka GLC diadakan untuk meraikan ‘peningkatan kecemerlangan’ Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) daripada Program 10 tahun Transformasi GLC (GLCT).
Bersempena dengan itu, pastikan anda bersama kami dari 7 hingga 9 Ogos ini. Anda akan saksikan sendiri rentetan detik-detik yang membanggakan kita sejak 10 tahun yang lalu menerusi pelbagai pameran dan aktiviti menarik yang bertemakan: Meningkatkan Kecemerlangan: “Membina Negara, Memupuk Insan
Sila Mohon link dibawah:
Jadi, jangan ketinggalan. Inilah peluang anda untuk mengikuti kemajuan dan kecemerlangan GLC serta GLIC dalam membawa negara kita mencapai Wawasan 2020!
2. ADAKAH SAYA AKAN DIKENAKAN BAYARAN JIKA INGIN MENGUNJUNGI HARI TERBUKA GLC?
Tiada bayaran masuk yang akan dikenakan untuk anda mengunjungi atau menyertai aktiviti Hari Terbuka GLC.
3. DI MANAKAH AKAN BERLANGSUNGNYA HARI TERBUKA GLC?
Hari Terbuka GLC akan berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.
4. MENGAPAKAH HARI TERBUKA GLC PENTING BAGI SAYA?
Hari Terbuka GLC adalah acara yang akan diadakan selama 3 hari berturut-turut untuk mempamerkan pencapaian Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) setelah menempuh program transformasi yang dimulakan oleh Kerajaan selama 10 tahun, iaitu sejak 2005. Para pengunjung akan berpeluang untuk mengikuti perjalanan program transformasi tersebut dan memahami betapa pentingnya GLC kepada negara, terutamanya dari segi menawarkan peluang pekerjaan, dividen & cukai kepada Kerajaan.
Pelbagai aktiviti menarik yang menanti para pengunjung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur merangkumi:
Pameran pencapaian Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC)
Permainan dan peraduan yang menyeronokkan untuk kanak-kanak serta seisi keluarga
Legoland dan Kidzania, termasuk kemunculan watak/mascot mereka
Kehadiran tokoh serta selebriti terkenal seperti Datuk Nicol David, Hans Isaac dan ramai lagi
Penampilan Upin & Ipin
Cabutan bertuah harian dan cabutan bertuah utama
Aneka hadiah GLC dan hadiah sempena Hari Terbuka
Maklumat tentang kerjaya dan peluang pekerjaan dalam GLC
Maklumat tentang aktiviti CSR, contohnya MERCY Malaysia, Teach for Malaysia
Aktiviti menderma darah
Banyak lagi aktiviti menarik lain yang diadakan untuk semua pengunjung
5. TERDAPATKAH KARNIVAL KERJAYA DAN PEKERJAAN SEMASA BERLANGSUNGNYA HARI TERBUKA GLC INI?
Ya, maklumat lengkap tentang kerjaya dan pekerjaan dalam GLC dapat diperoleh dari petak pameran setiap GLIC/GLC yang mengambil bahagian. Inilah peluang anda untuk mengenali GLC secara lebih dekat lagi dan mengetahui tentang peluang-peluang pekerjaan yang ditawarkan dengan mengunjungi mereka dan bertanya wakil-wakil yang sentiasa bersedia membantu anda. Rebutlah peluang ini jika anda berminat untuk menjadi sebahagian daripada GLC.
Senarai syarikat GLC yang akan menanti semua pengunjung untuk memahami pencapaian mereka dlm program transformasi GLC adalah KWSP, Khazanah, LTAT, Tabung Haji, PNB, Axiata, Bank Islam, Boustead, Affin Bank, CIMB, CCM, Maybank, MRCB, MAS , Msia Airport Holdings, MBSB, Telekom Malaysia, Tenaga Nasional, Sime Darby, Tabung Haji Plantation, UMW dan UEM.
Info:http://www.glcopenday.com.my/
Share this
Recommended
Disqus Comments
Advertisement
Food
Trending
Label
Archive
Powered by Blogger.
Iklan Responsive Bawah
Formulir Kontak
Tags
Latest Posts
Popular Tags
About Sure Mag
Pages
Search Blog
Join with us
Most Popular
-
Jawatan kosong terkini di Konsortium Logistik Berhad Mei 2015. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan un...
-
Terdapat jawatan kosong di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam pada Oktokber 2015. Oleh itu sesiapa yang berkelayakan dan memenuhi syarat-syara...
-
Jawatan kosong terkini di TM Berhad. Permohonan adalah dipelawa daripadada warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berpengalaman untuk ...
-
Jawatan kosong kerajaan terkini 2013 di Majlis Perbandaran Sebarang Perai (MPSP). Permohonana adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia ...
-
Jawatan kosong terkini di Muzium Negeri Terengganu. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi...
-
Jawatan kosong terkini di Jabatan Kesihatan Melaka (JKN Melaka) Ogos 2015. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang b...
-
Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi mengisi jawatan untuk tempoh selama satu (1) tahun secara Ko...
-
Jawatan kosong terkini di Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS). Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayak...
-
Jadual Kursus Tips Dan Panduan Memasuki Perkhidmatan Awam Bagi Bulan Ogos 2015 i) Kursus Ini Adalah Percuma; ii) Berpakaian kemas; dan iii) ...
-
Jawatan kosong terkini di Majlis Perbandaran Sepang (MPS) Mei 2015. permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayak...