Saturday 8 August 2015

Majlis Perasmian Hari Terbuka GLC 2015



YAB Perdana Menteri Najib Razak menghadiri Majlis Program Graduasi GLCT dan Hari Terbuka GLC 2015 di Kuala Lumpur pagi tadi.

Dalam ucapannya, beliau berkata bahawa syarikat-syarikat GLC telah menyumbang sebanyak RM108.6 bilion dalam bentuk dividen dan RM62.7 bilion dalam bentuk cukai dan telah menyediakan peluang perniagaan baharu dalam melaksanakan program pembangunan vendor.

Walaupun dalam keadaan suasana politik yang tak menentu, YAB Perdana Menteri terus berusaha bekerja demi mencapai hasrat menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang tahun 2020.
Namun kalaulah suasana politik negara kita tenang dan seperti diharapkan, sudah pasti YAB Perdana Menteri mampu membawa lebih banyak kekayaan buat negara, percayalah!


Temui kami dan juga bakal-bakal majikan anda di Hari Terbuka GLC 2015 di KL Convention Center. Jangan lepaskan peluang untuk merebut 7,000 peluang pekerjaan sebagai pelatih SL1M bersama syarikat-syarikat gergasi GLC. Pelbagai aktiviti menarik termasuk cabutan bertuah dan sesi bertemu ahli korporat terkemuka Malaysia dan artis juga turut disediakan.


Kami akan berada di sini dari 7 sehingga 9 Ogos 2015, 9 pagi sehingga 6 petang. Jumpa anda di sini!!


Antara Booth yang terlibat didalam Kerjaya Hari Terbuka GLC 2015. Hujung minggu ini, kunjungi lah booth kami di 5-006, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur sempena hari Terbuka GLC untuk mengetahui perjalanan TNB ke arah masa depan yang lebih cemerlang.
Disqus Comments