Friday, 1 November 2013
81,000 penjawat awam terima surat opsyen bulan ini
PUTRAJAYA - Lebih 600,000 penjawat awam yang terlibat dalam 81 skim perkhidmatan awam yang ditambah baik di bawah Bajet 2014 akan menerima surat tawaran opsyen itu bulan ini.
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal berkata, mereka perlu memberi maklum balas dalam tempoh sebulan daripada tarikh surat itu dikeluarkan oleh ketua jabatan masing-masing.
Menurutnya perjumpaan dengan bahagian sumber manusia di semua agensi dan kementerian terlibat untuk memberi maklumat terperinci berhubung penambahbaikan itu akan diadakan secepat mungkin.
Bercakap pada sidang akhbar selepas mengadakan pertemuan dengan Cuepacs mengenai skim itu di sini hari ini, Mohamad Zabidi berkata mereka yang tidak bersetuju dengan opsyen itu akan kekal dalam skim atau jawatan asal.
"Antara penambahbaikan itu ialah kenaikan taraf skim perkhidmatan gred 1 hingga 10 kepada gred 11, pemberian dua tambahan kenaikan mata gaji dan pertukaran nama beberapa skim seperti diminta Cuepacs dan kesatuan berkaitan," katanya.
Mohamad Zabidi berkata, penambahbaikan itu adalah sejajar dengan kerja keras penjawat awam pada masa kini yang bekerja dengan cepat, tepat dan produktif.
Berikutan penambahbaikan terhadap 81 skim perkhidmatan itu, beliau berkata jumlah skim perkhidmatan sedia ada dapat dikurangkan daripada 274 kepada 249 skim bermula 1 Jan 2014.
Sebelum ini, Presiden Cuepacs Datuk Omar Osman berkata, kesatuan sekerja yang terlibat dalam penguatkuasaan seperti Jabatan Pengangkutan Jalan, Jabatan Kastam, Jabatan Imigresen, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan serta pihak berkuasa tempatan mengemukakan memorandum penambahbaikan skim perkhidmatan masing-masing kepada kerajaan.
Sementara itu Omar berkata, skim-skim lain yang tidak termasuk dalam 81 skim yang ditambahbaik itu masih mempunyai harapan untuk mendapat peluang yang sama.
"Untuk skim yang lain, kami sedang berunding," katanya. - Bernama
Share this
Recommended
Disqus Comments
Advertisement
Food
Trending
Label
Archive
Powered by Blogger.
Iklan Responsive Bawah
Formulir Kontak
Tags
Latest Posts
Popular Tags
About Sure Mag
Pages
Search Blog
Join with us
Most Popular
-
Terdapat jawatan kosong di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam pada Oktokber 2015. Oleh itu sesiapa yang berkelayakan dan memenuhi syarat-syara...
-
Jawatan kosong kerajaan terkini di Angkatan Tentera Darat Diraja Malaysia (TD) Pada Bulan Jun 2015. Permohonan adalah dipelawa daripada warg...
-
Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuatkuasaan menerima aduan orang awam terhadap salah laku terhadap 19 agensi penguatkuasaan 1. Ketua...
-
Terdapat lebih 1000 senarai kekosongan jawatan kosong lulusan SPM di pelbagai sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia Sepanjang Tah...
-
Pengambilan Terkini Tentera Udara DiRaja Malaysia .Peluang Keemaskan kepada seluruh belia malaysia yang berminat untuk menjadi ahli ...
-
YAB Perdana Menteri Najib Razak menghadiri Majlis Program Graduasi GLCT dan Hari Terbuka GLC 2015 di Kuala Lumpur pagi tadi. Da...
-
Jawatan kosong kerajaan terkini di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak mempelawa pemohon warganegara Malaysia yang bermastautin di ...
-
Jawatan kosong kerajaan terkini di Universiti Putra Malaysia (UPM) Januari 2014. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia ya...
-
Jawatan kosong terkini di Pos Malaysia Berhad. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi ke...
-
Jadual Kursus Tips Dan Panduan Memasuki Perkhidmatan Awam Bagi Bulan Ogos 2015 i) Kursus Ini Adalah Percuma; ii) Berpakaian kemas; dan iii) ...

