Monday 14 July 2014

Jangan Tertipu Sindikit Yang Menawarkan Peluang Pekerjaan dan Mengenakan Bayaran


Jangan tertipu dengan sindikit yang menawarkan peluang pekerjaan di sektor kerajaan yang mengenakan  sejumlah bayaran sebagai "duit air" untuk mendapatkan pekerjaan. Seperti yang telah pihak kami sedia maklum sejak tahun 2013 lagi yang mana seorang individu yang menggelarkan dirinya sebagai "Datin Maimunah" dahulunya melalui profile facebooknya bekerja di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang mana terkini melalui profile terbarunya bekerja di Jabatan Perdana Menteri. Untuk makluman semua insan yang menggelarkan dirinya sebagai Datin Maimunah ini sentiasa mengambil info-info jawatan kosong dari Facebook Page kami iaitu Careeron9, Jawatan Kosong Kerajaan, dan profile kami Iklan Jawatan Kosong untuk dipublishkan di wall facebook beliau tanpa meninggalkan sebarang link info jawatan dan syarat untuk memohon. Ada juga pekerjaan "oversea" yang ditawarkan oleh beliau. Untuk makluman semua pihak kami juga telah menerima banyak aduan dan pertanyaan mengenai diri beliau sejak tahun 2013 lagi dan menasihatkan agar tidak mudah tertipu dengan taktik sebegini.

Taktik yang digunakan untuk menjerat mangsa:

1. Meninggalkan info jawatan kosong di Wall facebook tanpa meninggalkan link info jawatan tersebut.
2. Dengan ini ramai yang tertarik dan menyuruh supaya PM (Private Message) ke inbox beliau.
3. Mengenakan sejumlah wang kebiasaannya RM750 untuk "duit air" atau kursus.
4. Menyuruh mangsa memasukkan sejumlah wang yang telah "deal" melalui chatting facebook atau melaui telifon (biasanya akaun milik seorang individu berbangsa india).
5. Selepas mangsa memasukkan sejumlah wang tersebut pelbagai alasan yang diberikan.


http://imej.spa.gov.my/dev/akhbar_aduan/2014/Siaran%20Akhbar1-JPM2.pdf
Disqus Comments